Selasa, 31 Desember 2013

Zaid Mahkamah sepatutnya arah bicara semula


Malaysiakini  Ogos 23 2013 
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kekecewaannya dengan Mahkamah Rayuan kerana tidak mengarahkan diadakan perbicaraan semula kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

NONE"Pastinya keadilan memerlukan perbicaraan semula kes itu supaya kita tahu kebenarannya. Kini, tiada siapa yang akan tahu mengapa Altantuya dibunuh," katanya dalam posting Twitter.

"Bagaimana lagi kita akan tahu mengapa saksi utama tidak dipanggil, mengapa pendakwaan selemah itu ...

"Saya kecewa dengan hakim Mahkamah Rayuan. Bukan kerana pembebasan tetapi kerana gagal untuk memerintahkan diadakan perbicaraan semula," katanya
Read More..

Basikal Chris Hoy Terlalu Ringan


Basikal Chris Hoy Terlalu Ringan
LONDON : Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.
Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram.
Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.
Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki.
Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.
“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.
Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu.
Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.
Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester.
Tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera. – Agensi
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

10 Orang IT Terkaya di Dunia


Sekian tahun berlalu, Bill Gates masih saja dikenal orang sebagai orang terkaya di dunia. Tetapi, hal tersebut akan berubah karena seorang Meksiko mengalahkan kekayaannya kurang lebih sebanyak US$8 milyar. Untuk urutan dan informasi lainnya, lihat di bawah ini:
 
1. Carlos Slim Helu
Pemilik beberapa perusahaan seperti Telmex, America Movil, dan Grupo Carso ini memiliki kekayaan bersih mencapai US$67,8 milyar. Mungkin nama ini masih agak asing bagi masyarakat dunia. Kekayaannya melonjak jauh sejak saham perusahaan miliknya melonjak 27% pada kuartal kedua tahun 2007 ini.
 
2. William H. Gates III
Kekayaan terakhir gates adalah sebesar US$59,2 milyar. Mungkinkah akibat sumbangan yang dilakukan membuatnya turun ke posisi dua? Sepertinya Gates sudah tidak mempedulikan hal itu setelah sekian lama berdiri di puncak kekayaan dunia. Sekarang saatnya untuk beramal.
 
3. Lawrence Ellison
Pemilik Oracle ini bertengger di posisi ketiga dengan kekayaan US$21,5 milyar. Tampaknya, ia masih akan lama mempertahankan posisinya ini karena database akan selalu digunakan.
 
4. Paul Allen
Dengan kekayaan US$18 milyar, Allen berada di urutan keempat orang IT terkaya dan urutan ke 19 untuk orang terkaya di dunia. Walaupun telah menjual 68 juta sahamnya di Microsoft, ia masih menyisakan sebesar 138 juta saham. Ia juga dikenal sebagai orang yang gemar melakukan investasi di segala bidang, seperti: properti, olah raga, bahkan program luar angkasa. Kapal yacht terbesar nomor 5 pun ia miliki.
 
5 & 6 Sergey Brin & Larry Page
Kedua raja internet ini, masing-masing memiliki kekayaan US$16,6 milyar yang jika digabungkan bisa membawa para pendiri Google ini ke posisi 3. Sudah merupakan fakta, kalau kedua konglomerat ini hanya beranjak dari sebuah halaman situs hitam putih dengan sebuah logo warna-warni.
 
7. Michael Dell
Jika melihat berbagai macam masalah yang dialami Dell, tentu saja sungguh menakjubkan kalau perusahaan ini masi menjadi perusahaan hardware nomor satu di dunia. Walaupun begitu, para analis agak pesimis kalau Michael bisa mempertahankan posisinya ini.
 
8. Steven Ballmer
Lagi-lagi orang dari Microsoft. Walaupun ukuran kantornya lebih kecil dari ukuran kamar mandi biasa, kekayaan yang sejumlah US$15 milyar itu membawanya ke posisi 8.
 
9. Naguib Sawiris
Sawiris merupakan dewan direksi dan CEO dari Orascom Telecom Mesir, yaitu sebuah operator jaringan GSM multinasional untuk pasar Timur Tengah, Afrika, dan Asia Selatan. Padahal, tahun lalu ia hanya berada pada urutan ke-278 untuk edisi Forbes. Kekayaannya sebesar US$10 milyar
 
10. Sunil Mittal
Sudah merupakan bukti, jika anda ingin menjadi konglomerat, bukalah perusahaan telekomunikasi. Mittal merupakan dewan direksi dan managing director dari Bharti Group, yang menjalankan jasa GSM terbesar di India. Ia memiliki kekayaan sebesar US$9,5 milyar dan hanya menduduki orang India terkaya keenam.
 
 
Dengan bukti-bukti di atas, masih tidak tertarikkah dengan dunia IT?
 
 
sumber
Read More..

Rogol pelancong Switzerland



KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol pelancong Switzerland, bulan lalu.


Tuduhan terhadap Muhamad Irfan Daud, 19, dibuat mengikut Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun itu dalam bilik sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, pada jam 5 petang, 10 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan kes tersebut disambung 2 Ogos depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih menuntut di IPT.

”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.

Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini. Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Najib Cadangkan Konsep Wassatiyah


NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya banyak masalah dunia hari ini boleh diselesaikan jika masyarakat mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyah.

Beliau berkata jika masyarakat dan kerajaan menggunakan kesederhanaan dalam tindak-tanduk dan dasar mereka, maka negara akan mempunyai masyarakat yang lebih adil, saksama dan inklusif.

Amalan wassatiyah, katanya, berasaskan kepada prinsip tertentu dan nilai-nilai murni, seperti keadilan, kesaksamaan, memilih untuk berdialog daripada konfrontasi, berunding daripada berkonflik.

“Dan jika kita memilih pendekatan wassatiyah dan menolak nazisme atau militan, dan pemikiran yang ekstremis, akan ada peluang kita boleh berusaha ke arah menjadikan dunia ini sebuah dunia yang aman,” katanya dalam syarahan ‘The New Meetings, Moderation: The New Modernity’ (Pertemuan Baharu, Kesederhanaan: Kemodenan Baharu), yang ditaja bersama Council on Foreign Relations (CFR)’s Religion dan Foreign Policy Initiative, di Peter G. Peterson Hall, The Harold Pratt House, New York.

Sesi itu dihoskan Fareed Zakaria dari CNN, Editor Tugas-tugas Khas Majalah TIME dan anggota Lembaga Pengarah CFR.

Anggota CFR di Washington DC, menyertai mesyuarat ini melalui persidangan video dan disiarkan secara langsung melalui laman web CFR (www.cfr.org).

Najib berkata apa yang dimahukan rakyat Malaysia dan negara lain di dunia ialah keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang boleh dicapai jika masyarakat mengamalkan keseluruhan konsep wassatiyah.

“Kita tidak pinggirkan sesiapa…jangan biarkan suara-suara melampau, perkauman dan ketaksuban menenggelamkan suara kita,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau menggalakkan Pergerakan Wassatiyah Global melalui ucapannya di seluruh dunia kerana beliau percaya bahawa masalah dalam dunia hari ini bukanlah antara penganut Kristian, umat Islam dan Yahudi tetapi sebenarnya ialah antara golongan ekstremis dan sederhana.

Najib berkata beliau mencari pakatan kerjasama dengan pihak yang mendukung kepercayaan dan prinsip serupa termasuk dari Amerika Syarikat, untuk menggalakkan dan mengukuhkan usaha ini.

Ditanya pendapatnya tentang pengebom nekad Islam semasa sesi soal jawab itu, Najib berkata beliau telah memperkatakan mengenai tindakan itu dalam ceramahnya di Universiti Oxford, United Kingdom sebelum ini bahawa Islam menentang perbuatan sedemikian.

“Islam mengajar umatnya jangan membunuh mereka yang tidak berdosa, walaupun dalam peperangan. Perbuatan itu dilarang Islam dan ia sebenarnya dilakukan oleh orang yang ‘merampas’ Islam dengan objektif politik mereka yang sempit dan mementingkan diri,” katanya.

Oleh itu beliau menggesa media, terutama di Barat supaya tidak menggelar mereka ini sebagai pengganas Islam atau kumpulan jihad kerana mereka hanyalah puak pelampau tanpa mengira kepercayaan agama mereka.

“Ada bahayanya dalam mengapi-apikan Islam-fobia di Barat. Adalah lebih baik jika media di Barat lebih arif mengenai perkara ini…mereka hanyalah pengganas daripada kumpulan tertentu,” katanya.

Diminta mengulas peristiwa pengemboman 9/11 World Trade Centre di New York pada 2001, Najib berkata ia merupakan kombinasi kepada beberapa faktor.

Katanya Islam tidak pernah dikaitkan dengan keganasan dan berdasarkan fakta sejarah, penduduk di Asia Tenggara memeluk Islam dan meninggalkan agama Hindu secara aman. - BERNAMA
Read More..

7 Keajaiban Kuno Di Dunia

1. Colossus Rodos
Colossus Rodos adalah patung Helios, yang terletak di pulau Rodos, Yunani, dibuat oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM. Patung ini dianggap sebagai 7 keajaiban dunia kuno. Sebelum kehancurannya, patung ini berdiri lebih dari 30 meter, membuatnya sebagai patung tertinggi dalam dunia kuna. Colossus Rodos memiliki tinggi yang hampir sama dengan Patung Liberty.
Colossus Rodos
 
 
2. Taman Gantung Babilonia
Taman Gantung Babilonia adalah salah satu di antara tujuh keajaiban dunia kuno. Taman ini dibangun oleh Nebukadnezar II sekitar tahun 600 SM sebagai hadiah untuk istrinya, Amyitis. Lokasi taman ini sekarang berada di negara Irak.
Taman Gantung Babilonia
 
 
3. Mausoleum Maussollos
Mausoleum Maussollos atau Mausoleum Halicarnassus, adalah makam yang dibangun antara 353 dan 350 SM di Halicarnassus (Bodrum, Turki kini) untuk Mausolus, satrap kekaisaran Persia dan Artemisia II dari Caria, istrinya. Struktur ini didesain oleh arsitek Yunani, Satyrus dan Pythius.[1][2] Mausoleum ini memiliki tinggi sekitar 45 meter.
Mausoleum Maussollos
 
 
4. Mercusuar Iskandariah
Mercusuar Iskandariah atau Pharos Alexandria (dari bahasa Yunani o Φάρος της Αλεξάνδρειας) adalah sebuah mercusuar yang dibangun pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berdekatan dengan kota Iskandariah kuna, Mesir Kuno. Ketinggiannya diperkirakan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
Mercusuar Iskandariah
 
 
5. Piramida Agung Giza
Piramida Agung Giza adalah piramida tertua dan terbesar dari tiga piramida yang ada di Nekropolis Giza dan merupakan satu-satunya bangunan yang masih menjadi bagian dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercaya bahwa piramida ini dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu (Χεωψ, Cheops) dan dibangun selama lebih dari 20 tahun dan diperkirakan berlangsung pada sekitar tahun 2560 SM.[1] . Piramida ini terkadang disebut sebagai Piramida Khufu
Piramida Agung Giza
 
 
6. Patung Zeus
Patung Zeus di Olympia adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia Kuno. Patung ini dibuat oleh skulptor terkenal, Phidias (abad ke-5 SM) kira-kira tahun 432 SM di Olympia, Yunani. Patung yang terduduk, yang memiliki tinggi sekitar 12 meter, mengisi seluruh Kuil Zeus yang dibangun sebagai rumah patung ini. Penyebab kehancuran patung ini hingga kini masih diperdebatkan.
Patung Zeus
 
 
7. Kuil Artemis
Kuil Artemis adalah kuil Yunani yang didirikan untuk Artemis, sekitar 550 SM di Efesus dibawah dinasti Achaemenid dari kekaisaran Persia. Kuil ini merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia kuno. Kini, kuil ini telah hancur.
Kuil Artemis
 
 
sumber
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Operasi Daulat Lelaki bergelar Datuk Seri dicari

sinarharian
31 Mac 2013
Sabah diceroboh
 LINK FACEBOOK


Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama
Read More..