Minggu, 02 Februari 2014

Sedap betoi Hj Hadi KENEN Umno

29 Nov 2012
 
Hadi: Orang Umno salah naik "bas"

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Perhimpunan Agung UMNO ke-66 tahun ini dijangka menjadi medan untuk menghentam PAS selain menonjolkan partinya konon lebih Islam dan membela orang Melayu.

Katanya, Umno cenderung bertindak begitu kerana berada dalam keadaan terdesak menjelang PRU-13 yang bila-bila masa sahaja akan diadakan daripada sekarang.

"Umno sudah berada dalam fasa defensif dan seolah-olah lupa Malaysia ini negara demokrasi. Dalam isu doa kepada orang zalim misalnya, kalau Umno tidak zalim, tidak perlulah takut," bidas Ustaz Abdul Hadi mengulas polemik tersebut yang masih ditimbulkan dalam media perdana cengkaman kuasa kerajaan Umno-BN.
Ujarnya, apabila PAS mendoakan kehancuran Umno bukanlah bermaksud mendoakan turunnya bencana alam atau menggunakan bom atom hingga memusnahkan semua orang.
"Kita mendoakan supaya Umno kalah pilihanraya bukannya doakan kemusnahan individu, " tegasnya sambil menyebut bahtera sebagai analogi kepada Umno manakala kelasi untuk pemimpin dan ahli parti tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, perlu dibezakan antara parti Umno dengan orang (pemimpin dan ahli) Umno. Kelasi-kelasinya pelbagai sifat. Ada kelasi yang jaga, kelasi mabuk dan kelasi tidur.
"Itu sebab kita tidak nafikan ada orang Umno yang baik yang mahu tolong bangsa dan agamanya. Sayangnya, mereka ini salah naik bahtera. Samalah seperti naik bas.
"Nak pergi Pulau Pinang tapi naik bas ke Johor Bahru. Bagaimana nak sampai? Kenalah tukar bas yang betul," seloroh beliau ketika ditemui Harakah di Pejabat Agung.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar