Tampilkan postingan dengan label besut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label besut. Tampilkan semua postingan
Senin, 10 Maret 2014
Empat Ah Long Ditahan Di Jerteh Dan Besut
KUALA TERENGGANU – Empat individu yang dipercayai ‘Ah Long’ yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai.
Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya.
“Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh.
“Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tinjauan siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman.
Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011).- BERNAMA
Selasa, 04 Februari 2014
Video Bernazar Jalan Kaki Dari K Besut Ke Putrajaya
Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof pada pilihan raya kecil (PRK), semalam.
Secara tiba-tiba sebuah video kini viral di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki bernazar untuk berjalan daripada Kuala Besut ke Putrajaya jika BN memenangi PRK.
Mohd Noor Mat telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya yang dianggarkan mengambil masa selama 10 hari.
Dalam temubual tersebut, dia yang kini sedang membuat latihan telah bersedia pada bila-bila masa untuk menunaikan nazar tersebut.
Namun, dia bercadang untuk menunaikan janjinya itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
“Daripada jangkaan saya, dari DUN Kuala Besut sampai ke Putrajaya selama 10 hari.
“Sehari lebih kurang 100 kilometer (km) sehari,” jelas Mohd Noor.
Wartawan yang menemubual terkejut dengan kenyataan tersebut apabila Mohd Noor menyifatkan sehari dia mampu berjalan sejauh 100km.
Tambahnya, tujuan dia bernazar sebegitu adalah untuk membawa suara Kuala Besut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengakhiri temubual tersebut, Mohd Noor sempat berkempen dan menyeru penduduk tempatan untuk keluar mengundi dan mengundi calon BN.
“Kepada penghuni-penghuni DUN Kuala Besut, jika mahu melihat saya berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya membawa suara Kuala Besut kepada Perdana Menteri Malaysia, pastikan kemenangan Barisan Nasional, undilah Barisan Nasional,” jelas Mohd Noor.
Sama-sama kita nantikan Mohd Noor menunaikan nazarnya itu.
Janji Ditepati!
Langganan:
Postingan (Atom)