Tampilkan postingan dengan label habis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label habis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Teruk dah ni Najib isytihar perang habis habisan terhadap Pakatan

  • Ahmad Fadli KC
  • Malaysiakini Dis 1 2012
 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat dengan laungan slogan anti-Pakatan dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.
"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!," laung Najib di hadapan perwakilan perhimpunan yang berdiri sebagai tanda penghormatan kepada.
Laungan anti-Pakatan itu diteruskan lagi dengan menyamakan tindakan mengundi PAS dengan kemerosotan Islam, dan undi DAP dengan penindasan bangsa Melayu.
"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!

"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!," laung Najib lagi disambut sorakan dari para perwakilan.

Sebelum itu, Najib turut merakamkan penghargaannya kepada pejuang siber Umno yang bertungkus-lumus melawan perkara yang disifatkannya sebagai fitnah di laman sosial.

"Segala fitnah ini dalam laman sosial, jadi kita kena menguasai laman sosial," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut menegaskan bahawa beliau sentiasa bersedia mendengar suara orang muda yang membentuk 20 peratus daripada pengundi baru.

"Orang muda turun ke jalan, saya pun turun duduk di jalan... tengok bola," katanya.

Najib turut bersetuju dengan cadangan sayap Pemuda dan Puteri agar Umno menubuhkan akademi kepimpinan.

Bagaimanapun, akademi itu perlu memberikan lebih tumpuan kepada pengisian berbanding kemudahan latihan untuk melatih pemimpin masa akan datang, tegasnya.

"Kita boleh gunakan pusat latihan yang sedia ada yang pentingnya pengisian yang ada.

"Dengan ini kita akan sediakan barisan lebih ampuh untuk hadapi cabaran akan datang," katanya.
Read More..

Selasa, 10 Desember 2013

Lelaki bunuh pasangannya kerana habis waktu dengan handphone

Richard James Webb, seorang lelaki asal Australia Selatan, mengaku bersalah atas tuduhan pembunuhan pasangannya Katrina Coker, kerana ia merasa kecewa pasangannya itu lebih banyak menghabiskan waktu dengan handphonenya.
Dalamperbicaraan di mahkamah  setempat pada  25/10/2013 , Webb membantah dakwaan lainnya bahawa dia memang sengaja berniat membunuh pasangannya tersebut.

Webb (31 tahun) berdalih, dalam peristiwa yang terjadi Oktober tahun lalu itu, justru Katrinalah yang lebih dahulu mencekiknya sebelum dia akhirnya mencekik balik, yang menyebabkan kematian Katrina.
ia menyatakan begitu kecewa kerana perilaku Katrina yang lebih sibuk dengan HP dibanding memberi perhatian kepada pasangannya.
"Ia kata jangan ganggu saya, sana ke dapur dan kerja tugasmu," demikian kata Webb tentang Katrina. Akibatnya, kata Webb lagi, dia pun melemparkan botol ke cermin sekadar untuk menarik perhatian Katrina.

Namun yang terjadi, menurut Webb, Katrina justru mengatakan, "Bodoh". Menurut Webb, Katrina kemudian menempelengnya begitu keras dan mencekiknya. Webb lalu meraih bingkai foto dan memukulkannya ke kepala Kristina.

Webb menjelaskan dalam perbicaraan, keduanya kemudian saling mencekik ketika berada di kamar. Di tempat itulah kemudian Katrina menghembuskan nafas terakhir.
Sumber: ABC Radio Australia

Read More..