Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014
Sofi Jikan Mula Hilang Semangat Untuk Berlakon

PETALING JAYA – Pelakon Sofi Jikan meluahkan perasaan kurang senangnya mengenai industri perfileman yang dilihat semakin hancur apabila kebajikan pelakon dan karya-karya penggiat seni semakin diabaikan.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, ia dapat dilihat apabila dirinya sebagai pelakon juga tidak mendapat kebajikan sebaiknya, malah masih lagi dipandang rendah dengan diberi watak remeh selain bayaran yang sedikit.
“Kalau nak diikutkan pengalaman, saya mampu menjana pendapatan sebanyak enam angka tetapi sayang sekali ia sekadar harapan kerana industri kita tahu mengambil untung lebih dan tinjauankan lebih banyak produk tanpa menjaga kebajikan para pelakon.
“Kita ada ramai pelakon hebat setanding Hollywood, tapi layanan yang diterima tidak setanding. Pelakon dan pekerja industri kita tiada masa depan dan jaminan.
“Begitu juga dengan filem-filem tempatan yang dipandang rendah, lama-lama kita semua akan ‘mati’ dan ini buatkan saya hilang semangat untuk bekerja,” katanya.
Tambah Sofi, dia juga terkilan apabila sering diberi watak sama iaitu lelaki gangster sejak berlakon watak tersebut dalam filem KL Gangster.
Keadaan itu juga membuatkan Sofi nekad menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd bagi memberi kepuasan pada diri sendiri dalam pemilihan watak serta menguruskan konsep kerja sesebuah produksi.
“Kekecewaan itu membuatkan saya tubuhkan sebuah produksi. Saya merancang ingin membetulkan semula cara kerja industri kita yang huru-hara.
“Bayangkan, apa yang mengecewakan saya ialah apabila diminta untuk mengadakan sesi latihan sebelum memulakan lakonan untuk sesebuah babak, ada yang tidak memberikan kebenaran, atas alasan mahu kejar masa. Jika latihan pun tak boleh, mana hak saya sebagai seorang pelakon?
“Selain itu dengan menubuhkan syarikat juga saya dapat memilih watak yang diinginkan. jadi tak adalah watak tipikal sahaja yang sering saya terima,” tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Sofi buat pertama kalinya bakal muncul dengan sebuah lagu terbaharu bergandingan bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu. – mStar Online
Kamis, 26 Desember 2013
Penonton bertafakur untuk anggota yang terkorban
|
Kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu malam tadi bertafakur sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Mereka bersama pemain pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives, bertafakur sebelum perlawanan bermula jam 8.45 malam yang membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.
Penyokong yang beragama Islam menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada anggota polis terkorban yang beragama Islam.
Seorang penyokong The Red Warriors, Ismail Muhammad, 45, dari Tumpat berkata orang ramai amat menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas itu.
"Kami mendoakan keselamatan kepada anggota pasukan polis dan tentera yang kini sedang berjuang untuk menghapuskan kumpulan penceroboh itu di Sabah," katanya.
Dua anggota polis terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Jumaat lepas, dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu.
Perlawanan antara Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dalam saingan pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkesudahan seri 1-1.
Di TERENGGANU, kira-kira 300 pegawai dan anggota polis negeri mengadakan solat hajat semalam bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam Op Daulat di Sabah.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata solat hajat juga akan dianjurkan di semua surau ibu pejabat polis daerah di negeri itu.
Pergerakan Pemuda MIC turut menganjurkan upacara keagamaan di kuil-kuil di seluruh negara bagi mendoakan kejayaan dan keselamatan pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata upacara itu juga bagi mendoakan semoga krisis di Sabah berakhir secepat mungkin.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan lebih 3,000 warga Tenaga Nasional Bhd sempena lawatan kerja beliau ke syarikat utiliti itu semalam meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.
"Pada saat dan ketika saya berucap ini, perwira negara sedang menyabung nyawa dalam satu operasi yang berlangsung ketika ini.
"Marilah kita berdoa semoga mereka terselamat dan musuh-musuh negara dapat kita tumpas dan hapuskan sama sekali," katanya.

Langganan:
Postingan (Atom)