Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Jumat, 21 Februari 2014
Budak 3 tahun mati kerana pendarahan

Keratan Sinar Harian semalam.
KUALA TERENGGANU - Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia dengan beberapa kecederaan parah dan lebam di dahi, pipi, belakang badan dan bawah mata kanan, di Kampung Seberang Jertih, Besut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, tinjauan bedah siasat yang dijalankan kelmarin mendapati mangsa, Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah mengalami pendarahan di tempurung kepala dan abdomen dipercayai akibat terkena objek tumpul.
“Malah, doktor memaklumkan kecederaan dialami mangsa bukan saja boleh terjadi akibat dipukul tetapi kerana terjatuh. Bagaimanapun, siasatan dijalankan mendapati terdapat unsur pengabaian dan kecuaian ibu mangsa.
“Menurut soal siasat, seorang saksi ada meminta ibu mangsa menghantar anaknya ke hospital selepas jatuh pada Khamis lalu tetapi wanita terbabit hanya berbuat demikian pada Jumaat lalu selepas mendapati mangsa semakin lemah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Manoharan berkata, polis akan menahan ibu mangsa sebaik selesai urusan pengebumian mangsa di Pasir Mas, Kelantan semalam bagi membantu siasatan.
“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin didera tetapi masih terlalu awal untuk mengaitkan kematiannya akibat didera kerana siasatan awal tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa.
“Siasatan sedang dijalankan merangkumi pelbagai aspek dan kita sudah pun mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk keluarga angkat dan jiran mangsa,” katanya.
Jelasnya lagi, buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Dalam masa sama, Manoharan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa sehingga disahkan oleh polis.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai mangsa dera.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut, jam 8 malam.
Terdahulu, ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak untuk meminta bantuan di pejabat JPAM Besut. - SinarOnline
Kamis, 19 Desember 2013
Hukuman Mati Terhadap Pembunuh Warga Emas

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh warga emas berumur 76 tahun, di sebuah rumah kedai di Jalan Gurdwara, di sini tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Mohd Azam Raja Abdullah, 42
Mohd Azam dituduh membunuh Soh Lian Thye selepas memecah masuk rumah kedai berkenaan dan mencuri tiga barang kemas bernilai anggaran RM100 hingga RM200, antara pukul 5 pagi dan 9 pagi, 2 Mac 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tahun lepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 16 sebatan terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memecah masuk rumah kedai berkenaan dan mencuri.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan asal iaitu membunuh.
Dalam penghakimannya, Zamani berkata tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah gagal memberi penjelasan munasabah selain pembelaannya tidak konsisten dengan kecederaan yang dialami mangsa.
“Keterangan tertuduh mengatakan dia memukul si mati hanya satu kali tidak konsisten dengan kecederaan yang dialami oleh si mati. Keterangan Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh membutirkan si mati mengalami kecederaan kepala yang parah akibat dipukul dengan objek tumpul dan peluang untuk hidup adalah minimum.
“Kecederaan yang dialami si mati menunjukkan daya pukul tertuduh lebih daripada satu pukulan…dipukul dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian. Sedangkan sebelum ini tertuduh mengatakan dia tiada niat untuk membunuh si mati dan dia boleh melarikan diri tanpa memukul kepala si mati,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamzah Othman manakala Mohd Azam diwakili peguam P. Latsmanan dan K. Thangesvaran.
Sementara itu, ibu tertuduh yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Mohd Azam diputuskan. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)