Tampilkan postingan dengan label emas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label emas. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

Diana Sumbang Pingat Emas Pertama Malaysia Sukan SEA


NAYPYITAW – Atlet wushu negara, Diana Bong Siong Lin berjaya menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada aksi pembuka tirai wushu menerusi acara Nanquan.

Diana, 28, mengungguli acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A dekat sini hari ini dengan mengumpul markah tertinggi iaitu 9.70 mata seterusnya mengatasi lapan peserta lain.

Pingat perak acara tersebut menjadi milik atlet dari Vietnam, Minh Phuong Bui yang mengutip 9.68 mata iaitu dengan perbezaan 0.03 mata di hadapan peserta Malaysia, Cheau Xuen Tai yang meraih gangsa.

Sebutir lagi pingat gangsa negara dari gelanggang wushu hari ini disumbangkan Phoo Eyin yang beraksi dalam acara Jianshu wanita dengan mengumpul 9.46 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi Thuy Vi Duang dengan kutipan mata keseluruhan 9.70, perbezaan hanya 0.01 mata di hadapan pemenang pingat perak, Sandy Yoo dari Myanmar.

Ketika ditemui pemberita, Diana berkata pada mulanya dia sedikit gementar dan tertekan kerana menggalas cabaran untuk meraih pingat emas pertama negara namun perasaan tersebut hilang apabila mula masuk ke gelanggang.

“Ketika melangkah masuk ke gelanggang saya cuba beri fokus sepenuhnya kepada perlawanan dan saya rasa gembira apabila berjaya melepasi durasi satu minit dan 20 saat,” katanya.

Atlet berasal dari Sungai Tapang, Kuching itu berkata pada awal pagi tadi dia mengalami sedikit sakit kepala namun itu tidak menjejaskan tumpuannya ketika beraksi di gelanggang.

Katanya kekuatan mental adalah senjata penting bagi setiap atlet dan dia berjaya mengatasi segala masalah yang timbul termasuk mengalami cirit-birit sejak tiga hari lepas.

Diana sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam acara gabungan nanquan-nandao-nangun wanita pada Sukan SEA di Thailand pada 2007 dan berjaya mengulangi kejayaan yang sama pada Sukan SEA edisi Laos 2009 menerusi acara gabungan nangun-nandao wanita.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau pada Sukan SEA Indonesia dua tahun lepas apabila hanya meraih pingat gangsa menerusi acara gabungan nandao-nangun wanita.

“Duka kegagalan meraih pingat emas di Indonesia kini terubat dan saya rasa cukup gembira hari ini setelah menunggu selama dua tahun untuk menebus kembali rasa kecewa,” katanya.

– BERNAMA
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Hukuman Mati Terhadap Pembunuh Warga Emas


GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh warga emas berumur 76 tahun, di sebuah rumah kedai di Jalan Gurdwara, di sini tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Mohd Azam Raja Abdullah, 42

Mohd Azam dituduh membunuh Soh Lian Thye selepas memecah masuk rumah kedai berkenaan dan mencuri tiga barang kemas bernilai anggaran RM100 hingga RM200, antara pukul 5 pagi dan 9 pagi, 2 Mac 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tahun lepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 16 sebatan terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memecah masuk rumah kedai berkenaan dan mencuri.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan asal iaitu membunuh.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah gagal memberi penjelasan munasabah selain pembelaannya tidak konsisten dengan kecederaan yang dialami mangsa.

“Keterangan tertuduh mengatakan dia memukul si mati hanya satu kali tidak konsisten dengan kecederaan yang dialami oleh si mati. Keterangan Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh membutirkan si mati mengalami kecederaan kepala yang parah akibat dipukul dengan objek tumpul dan peluang untuk hidup adalah minimum.

“Kecederaan yang dialami si mati menunjukkan daya pukul tertuduh lebih daripada satu pukulan…dipukul dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian. Sedangkan sebelum ini tertuduh mengatakan dia tiada niat untuk membunuh si mati dan dia boleh melarikan diri tanpa memukul kepala si mati,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamzah Othman manakala Mohd Azam diwakili peguam P. Latsmanan dan K. Thangesvaran.

Sementara itu, ibu tertuduh yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Mohd Azam diputuskan. – BERNAMA
Read More..