Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Senin, 24 Februari 2014
Diana Sumbang Pingat Emas Pertama Malaysia Sukan SEA

NAYPYITAW – Atlet wushu negara, Diana Bong Siong Lin berjaya menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada aksi pembuka tirai wushu menerusi acara Nanquan.
Diana, 28, mengungguli acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A dekat sini hari ini dengan mengumpul markah tertinggi iaitu 9.70 mata seterusnya mengatasi lapan peserta lain.
Pingat perak acara tersebut menjadi milik atlet dari Vietnam, Minh Phuong Bui yang mengutip 9.68 mata iaitu dengan perbezaan 0.03 mata di hadapan peserta Malaysia, Cheau Xuen Tai yang meraih gangsa.
Sebutir lagi pingat gangsa negara dari gelanggang wushu hari ini disumbangkan Phoo Eyin yang beraksi dalam acara Jianshu wanita dengan mengumpul 9.46 mata.
Pingat emas acara itu dimenangi Thuy Vi Duang dengan kutipan mata keseluruhan 9.70, perbezaan hanya 0.01 mata di hadapan pemenang pingat perak, Sandy Yoo dari Myanmar.
Ketika ditemui pemberita, Diana berkata pada mulanya dia sedikit gementar dan tertekan kerana menggalas cabaran untuk meraih pingat emas pertama negara namun perasaan tersebut hilang apabila mula masuk ke gelanggang.
“Ketika melangkah masuk ke gelanggang saya cuba beri fokus sepenuhnya kepada perlawanan dan saya rasa gembira apabila berjaya melepasi durasi satu minit dan 20 saat,” katanya.
Atlet berasal dari Sungai Tapang, Kuching itu berkata pada awal pagi tadi dia mengalami sedikit sakit kepala namun itu tidak menjejaskan tumpuannya ketika beraksi di gelanggang.
Katanya kekuatan mental adalah senjata penting bagi setiap atlet dan dia berjaya mengatasi segala masalah yang timbul termasuk mengalami cirit-birit sejak tiga hari lepas.
Diana sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam acara gabungan nanquan-nandao-nangun wanita pada Sukan SEA di Thailand pada 2007 dan berjaya mengulangi kejayaan yang sama pada Sukan SEA edisi Laos 2009 menerusi acara gabungan nangun-nandao wanita.
Namun nasib tidak menyebelahi beliau pada Sukan SEA Indonesia dua tahun lepas apabila hanya meraih pingat gangsa menerusi acara gabungan nandao-nangun wanita.
“Duka kegagalan meraih pingat emas di Indonesia kini terubat dan saya rasa cukup gembira hari ini setelah menunggu selama dua tahun untuk menebus kembali rasa kecewa,” katanya.
– BERNAMA
Senin, 23 Desember 2013
GAMBAR Minah Yusof Jemaah Haji Tertua Dari Malaysia
Pada umur hampir seratus tahun, Minah Yusof merupakan jemaah paling tua dari Malaysia yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.Dengan bantuan anaknya Fatimah Sudin, 68, Minah bertekad untuk mengerjakan segala rukun dan wajib haji sehingga sempuruna ibadat hajinya.
Minah yang berasal dari Kg Sungai Ujong, Dungun, Terengganu banyak berdiam diri dan menggunakan masa-masa di tanah suci dengan berzikir dan berdoa di bilik penginapannya.
Fatimah sentiasa bersama ibunya dan mengambil berat tentang pengurusan peribadi dan keselesaan ibunya semasa di tanah suci.
Keinginan untuk mengerjakan haji tidak dapat ditunaikan lebih awal kerana kekangan hidup sehinggalah penabungannya cukup apabila sebidang tanah dijual. Wowberita.
Senin, 16 Desember 2013
Himpunan Ulama Pondok Malaysia Thailand secara besar besaran pada 7 8 9 Feb 2013
Insyallah Pondok- Pondok Seluruh Fathani dan Malaysia khususnya Kedah akan berhimpun di Pondok Tn Guru Hj Yahya Telok pada 7, 8, 9 Feb 2013 .
Dijangkan 200 orang ulama akan hadir .

Semalam 6.1.2013 saya mewakili Persatuan Pondok Tauhid Kedah dipanggil oleh pengerusi Pondok Teluk Ustaz Tarmizi Al Barakah bagi mengadakan sesi mesyuarat khas perlaksanaan majlis himpunan ulama Thailand dan Malaysia .
Alhamdulillah , semalam dari jam 10.30 pagi hingga jam 7.00 petang kami mengatur langkah bagi perlaksanaan ini .
Insyallah program ini akan disertai pelbagai lapisan masyarakat agar dengan kehadiran ulama akan dimenafaatkan oleh semua ummah tidak kira golongan bawahan atau atasan .
Penyertaan orang-orang pondok seluruh Malaysia dialu-alukan .
Mesyuarat khas pada 15.1.2013 ini , keputusan muktamad saya akan siarkan semula bersama tentatif
program dan poster program untuk saudara hebahkan kepada masyarakat umum
Saya mencadangkan agar program ini akan melibatkan NGO kita terutamanya di Kedah akan melibatkan
PPPT (Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ),HESA , DARUL HADIS , ABIM Kedah , PUK (Persatuan Ulama Kedah ) , Majlis Ummah Selawat dan lain-lain NGO
Sebarang cadangan dan penyertaan boleh sms kepada ana ditalian 013 4044259 atau melalui facebook Helmi Assyafie .

Langganan:
Postingan (Atom)