Tampilkan postingan dengan label himpunan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label himpunan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Selasa, 17 Desember 2013

TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan 12 Jan

Harakahdaily

Rizal Tahir, 04 Jan 2013
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan terakhir sebelum pilihan raya umum.

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim.

Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat.

Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

“Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah,” ujarnya sebaik pulang dari menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi.

Beliau memberitahu, perhimpunan berkenaan amat penting untuk menyatakan bantahan rakyat pada kerajaan berhubung pilihan raya yang bersih dan adil, bantahan terhadap Lynas, penindasan terhadap Felda termasuk ISA.

“Orang Melayu kita ni hanya menyedari menzalimi orang lain sahaja dianggap zalim, walhal kita membiarkan diri kita dizalimi juga sudah tidak boleh,” ujarnya.
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Himpunan Ulama Pondok Malaysia Thailand secara besar besaran pada 7 8 9 Feb 2013

Insyallah Pondok- Pondok Seluruh Fathani dan Malaysia khususnya Kedah akan berhimpun di Pondok Tn Guru Hj Yahya Telok pada 7, 8, 9 Feb 2013  .
Dijangkan 200 orang ulama akan hadir .

Semalam 6.1.2013 saya mewakili Persatuan Pondok Tauhid Kedah dipanggil oleh pengerusi Pondok Teluk Ustaz Tarmizi Al Barakah bagi mengadakan sesi mesyuarat khas perlaksanaan majlis himpunan ulama Thailand dan Malaysia .
Alhamdulillah , semalam dari jam 10.30 pagi hingga jam 7.00 petang kami mengatur langkah bagi perlaksanaan ini .
Insyallah program ini akan disertai pelbagai lapisan masyarakat agar dengan kehadiran ulama akan dimenafaatkan oleh semua ummah tidak kira golongan bawahan atau atasan .

Penyertaan orang-orang pondok seluruh Malaysia dialu-alukan .
Mesyuarat khas pada 15.1.2013 ini , keputusan muktamad saya akan siarkan semula bersama tentatif
program dan poster program untuk saudara hebahkan kepada masyarakat umum

Saya mencadangkan agar program ini akan melibatkan NGO kita terutamanya di Kedah akan melibatkan
PPPT (Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ),HESA , DARUL HADIS , ABIM Kedah , PUK (Persatuan Ulama Kedah ) , Majlis Ummah Selawat dan lain-lain NGO

Sebarang cadangan dan penyertaan boleh sms kepada ana ditalian 013 4044259 atau melalui facebook Helmi Assyafie .

Read More..