Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Februari 2014
Ridzwan Serah Diri Mengaku Salur Kewangan Pada Sultan Muedzul Bukannya Jamalul Kiram
KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Ridzwan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. – BERNAMA
Foto: BH Online
Senin, 16 Desember 2013
Himpunan Ulama Pondok Malaysia Thailand secara besar besaran pada 7 8 9 Feb 2013
Insyallah Pondok- Pondok Seluruh Fathani dan Malaysia khususnya Kedah akan berhimpun di Pondok Tn Guru Hj Yahya Telok pada 7, 8, 9 Feb 2013 .
Dijangkan 200 orang ulama akan hadir .

Semalam 6.1.2013 saya mewakili Persatuan Pondok Tauhid Kedah dipanggil oleh pengerusi Pondok Teluk Ustaz Tarmizi Al Barakah bagi mengadakan sesi mesyuarat khas perlaksanaan majlis himpunan ulama Thailand dan Malaysia .
Alhamdulillah , semalam dari jam 10.30 pagi hingga jam 7.00 petang kami mengatur langkah bagi perlaksanaan ini .
Insyallah program ini akan disertai pelbagai lapisan masyarakat agar dengan kehadiran ulama akan dimenafaatkan oleh semua ummah tidak kira golongan bawahan atau atasan .
Penyertaan orang-orang pondok seluruh Malaysia dialu-alukan .
Mesyuarat khas pada 15.1.2013 ini , keputusan muktamad saya akan siarkan semula bersama tentatif
program dan poster program untuk saudara hebahkan kepada masyarakat umum
Saya mencadangkan agar program ini akan melibatkan NGO kita terutamanya di Kedah akan melibatkan
PPPT (Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ),HESA , DARUL HADIS , ABIM Kedah , PUK (Persatuan Ulama Kedah ) , Majlis Ummah Selawat dan lain-lain NGO
Sebarang cadangan dan penyertaan boleh sms kepada ana ditalian 013 4044259 atau melalui facebook Helmi Assyafie .

Langganan:
Postingan (Atom)